Tuesday, December 23, 2008

Khas Untuk Kau Yang Bernama WANITA...

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstick
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
HAWA
Tidak kerana bijak menuntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insane ke dunia
Tetap menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada’

Cantiknya sorang wanita itu sebagai
ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara pada kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai di sisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi di bawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya wanita itu sebagai
MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulis hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah Negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seoranjg wanita itu sebagai
WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir dera s di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai
INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai
MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Pengemis Cinta Ilahi
Perindu Syahid abadi

Friday, October 31, 2008

Janda

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya.



Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk." Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja." Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak." Baguslah , " kata janda itu pula." Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.
Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.
Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya.
Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik."Cadangnya gitulah!"" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.
Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim."Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang."Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku.
Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara.
Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukulberapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.."Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya."Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun.
Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah."Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim binMalik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?""Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisipusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi."Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye.
Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

Kelebihan Solat Terawih Di Bulan Ramadhan

Fadhilat Solat Tarawih, dan kelebihannya..

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua belas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga belas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat belas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima belas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam belas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh belas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan belas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan belas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh satuAllah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh duaIa akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tigaAllah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh empatAllah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh limaAllah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh enamAllah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tujuhAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lapanAllah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh sembilanAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga puluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud):

Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

SuamiKu Kedekut

Sepasang suami isteri, sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai cahaya mata. Si suami ini teramat lah kedekut,bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak. Salah satu aktiviti tahunan mereka sekeluarga ialah mengunjungi satu pameran udara.Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. 'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' tanya si suami. 'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu. 'Uuiishh..mahalnya, tak jadi la saya nak naik'jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ.'Alaa.... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat macam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan mengubah fikirannya.' Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli' Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tidak mampu,di dalam bank melambak lagi duit dia sebenarnya.Masuk tahun kedua, mereka pergi semula ke pameran tersebut.
Si isteri sekali lagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayarannya sudah meningkat RM80 akibat kenaikan minyak...Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi. Tahun ketiga, mereka Pergi juga... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu. 'Baiklah, kalau bayaranya kurang dari RM30, kita naiklah' kata si suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam kerana dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.Mereka menuju ke pesawat yang sama cseperti tahun sudahnya dan berjumpalah dengan pilot yang sama. Seperti yang dijangkakan, bayaranya sudah menjadi RM100.
Segeralah si suami menarik tangan isterinya beredar dari kawasan itu. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula..'Encik, berapa yang encik sanggup bayar untuk menaiki pesawat ini?''Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer'jawab si suami.Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi 'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat' Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer 'tapi apa syaratnya' semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan mengenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik' jawab pilot tadi sambil tersenyum.'Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin sebolehnya. Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot itu sebenarnya memasang niat untuk mengenakan si suami ini. Dia pun membuat aksi2 acrobatik udara yang diakui membahaya.
Macam2 aksi dia buat, tapi agak menghairankan kerana suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tidak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu. 'Ehh? mana isteri encik?'tanya pilot tu terkejut. 'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi' 'Hahh apasal tak cakap' 'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak' jwb si suami Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...
Moralnyer... : Carilah suami yang mengasihi isterinya

Keluhan Hati Seorang Suami

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.Mengapa aku tidak mahu ?Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu .. Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...ape lagi pergi memancing….. haram….Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.Wallahualam.

15 Kelebihan Bersujub

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
1.Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2.Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3.Melegakan sakit hernia.
4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6.mengurangkan kesakitan bagi pesakita pendiks atau limpa.
7.kedudukan sujud adalah paling baikuntuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8.Meringankan bahagian pelvis.
9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10.Menggerakkan otot bahu, dada,leher,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dania juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
11.Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
12.Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions) .
14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
15.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.Manakala dari sudut perubatan pula,kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam.
Wallahu a’lam.